Makluman Untuk Pelajar KMP: FAQs

Assalamua'laikum, 
Dengan muqaddimah yang ringkas, kali ini saya dapat rasakan bahawa ini adalah masa yang paling sesuai untuk menjawab soalan-soalan daripada bakal Pelajar KMP 2014/2015. Maka, kali ini saya akan memberikan beberapa jawapan kepada soalan lazim atau Frequently Asked Question(s) (FAQs) 
1. Susah tak belajar dekat matrik?
Tak susah kalau ikhlas nak belajar. *Ceh* Well, bila tak ikhlas, campak dekat sekolah tadika pun kita takkan berjaya. Sebenarnya susah senang tu bergantung pada kita. Kalau kita rasa susah, susahlah. Begitulah sebaliknya. (Ada bunyi macam motivator tak? Kekekeke)
2. Best tak duduk di KMP?
Best, if you don't mess up with the rule, tak buat benda bukan-bukan, tak kacau hidup orang dan sebagainya. Lagi best kalau korang bergaul dengan semuaaa orang. Paling best masa bulan puasa, korang dibenarkan outing setiap hari untuk pergi bazaar. There will be satu group under KOKA pergi beli bukak puasa naik basikal lalu bendang. Best gila. 
3. Lecturer garang tak?
Basically, ikut nasib. Kalau korang dapat yang garang, terima jelah seadanya. Tapi, lecturer garang tak ramai pun, beberapa sahaja. Yang lain sporting dan motherhood. 
4. Macammana nak perform study?
Ini panjang, cara study berbeza ikut personaliti dan sebagainya. Sesetengah orang belajar struggle tengah-tengah malam, ada orang belajar last minute, ada orang cepat pick up, dan macam-macam lagi. Kalau saya dulu, bagi perhatian dalam kuliah, banyak tanya dengan lecturer dalam tutoran dan buat latihan yang lecturer bagi sahaja enough for me.
5. Nak tips?
These are my tips. 
  • Bagi perhatian masa lecturer terang kat depan.
  • Jangan main cell phone dalam kuliah/tutoran. Ia sangat mengganggu konsentrasi semasa belajar.
  • Bila tak faham semasa lecturer terang kat depan, jangan SEKALI-KALI malu untuk bertanya. Walaupun satu kuliah akan dipandang dengan pandangan tak puas hati oleh kengkawan. 
  • Siapkan tutorial (selewat-lewatnya malam) sebelum tutoran, sebab dari situ kita boleh detect apa yang kita tak faham, dan boleh tanya lecturer semasa tutoran. 
  • Jangan banyak online. Kalau boleh, takyah bawa laptop pun. Assignment yang perlu menggunakan laptop tak banyak pun. Saya pinjam kawan je kalau ada assignment. 
  • Aktifkan diri dalam aktiviti kelab, jangan terperuk dalam bilik je, jatgi stress.
  • Belajar ikut kemampuan, jangan paksa diri. 
  • Jangan hafal. Fahamkan. Kita belajar bukan untuk jadi robot, tapi jadi pemikir, *Pffft

6. Kasut yang macammana dilarang?
Kasut yang banyak corak. Let me tell you this, lepas beberapa minggu mesti ada pelajar yang dah langgar peraturan ni. It's up to you, untuk menganggap ini sebagai perkara remeh. Tapi, kena ingat yang korang dah tandatangan perjanjian untuk tidak melanggari peraturan kolej, maka tunaikanlah janji-janji tersebut. Once you break them, secara sengaja, you probably will not be caught in this world, but you will not miss in the akhirah. Sebab itu, ilmu jadi tak berkat. Got it? (Macam penceramahlah pulak.)
7. Bilik air berebut tak pagi-pagi?
Tak berebut, tapi kena beratur. Haha. Pasal ni, korang kena bijak. Keyword-nya, jangan berfikiran seperti orang lain. Kalau orang lain nak mandi pukul 7 pagi, korang plan mandi pukul 6 pagi. Then, takde kes berebut bilik air. 
8. Makanan mahal tak?
Tak. Sangat tak mahal. Korang akan terkejut betapa murahnya makanan kat Perlis ni. Sehari, boleh spend hanya RM7. Dan makanannya sedap.
9. Baju kurung je ke boleh pakai pergi kelas (bagi perempuan)?
Ya, kecuali kelas KOKA. Kelas KOKA kena pakai baju KMP. 
10. Ada gym tak?
Ada. Dekat belakang DSK rasanya. Buka tiap petang, datang jelah. Actually I'm not sure about the schedule, takut ada perubahan. 
11. Peralatan sukan?
Disediakan. Ada dekat stor padang. Nak pinjam,  ada AJK stor yang jaga, bawak kad matrik. Rasanya kena pinjam sebelum pukul 6.30 petang. Korang pun boleh pinjam BASIKAL. Basikal ada kat Pusat Kemudahan Pelajar. Yes, pakai procedure yang sama.
12. Buku rujukan apa yang diperlukan?
None. Cukup dengan modul yang pensyarah bagi. Soalan exam pun based on the modules. Tapi, kalau nak beli, untuk kefahaman, boleh. I don't have any reference book back then.
13. Macammana dengan outing?
Outing hanya pada hari Sabtu dan Ahad. Di KMP, kita guna sistem pergiliran. Contohnya kalau minggu 1, pelajar lelaki sahaja dibenarkan outing, minggu 2, pelajar perempuan pula. Begitulah seterusnya. 
14. Kalau nak balik rumah pulak?
Kalau bukan cuti umum, pun pakai sistem pergiliran.
15. Saya duduk jauh, macammana nak balik untuk cuti panjang?
Kalau cuti mid sem, atau cuti semester, KMP akan sediakan perkhidmatan bas. Tak free, kena bayarlah. Jadi, korang tak payah susah-susah pergi beli tiket dekat Kangar. 
16. FELO itu apa?
FELO itu warden asrama. 
17. Saya takde basic Akaun, mesti susah saya nak catch up berbanding pelajar yang dah ada basic.
Tak susah. Sebab korang akan belajar daripada basic lagi. Dan Akaun di Matrik jauh lebih senang berbanding di sekolah. Betul, tak tipu,
18. Boleh tak bercinta?
Boleh, tapi jangan sampai mendatangkan kemurkaan Allah. (Sengal punya soalan)
19. Boleh tak bawak heater dan seterika sendiri?
Kalau ikut peraturan, tak boleh. Tapi, kalau ikutkan your selfishness, boleh. Tapi, korang kena tanggung masalah blok/aras selalu black out. Dan, ianya memberi masalah kepada kawan yang lain. Sebab tu saya cakap, kalau nak jadi selfish, you just go on. Kalau kena tangkap dengan FELO, itu adalah atas tanggungjawab sendiri. 
Yes, seterika dan heater di sediakan di bilik nama apa entah. Pokoknya, ada. (Pokok apa pulak... Haha)
20. Macammana kalau roomate semua lain course?
Biasanya korang akan disusun mengikut course yang korang ambik. Selalunya, satu aras tu sama course. If not, korang boleh cakap dengan mentor korang pasal ni, they will help you. Masa saya dulu pun gitu jugak. Kena campak dekat bilik yang semuanya pelajar Sains. So, I told my mentor, then she help me to inform Pejabat Asrama. Tapi, kalau korang dah suka dengan roomate korang, dan tak rasa pun ianya satu masalah. Then, stay in there freely. 
Tapi, kalau pejabat asrama arahkan korang pindah bilik, sila berbuat demikian. Melainkan korang ada alasan munasabah untuk stay di bilik tu.


Jadi, itulah TOP 20 Frequently Asked Questions. Maka, di sini saya ingin mengumumkan bahawa korang semua telah menguasai perkara-perkara di KMP. Jika korang mengikuti nasihat saya, korang akan jadi hebat macam saya. Taklah, gurau. Sekurang-kurangnya korang akan jadi kurang sikit hebat daripada saya. Okey, tipu lagi.
Saya rasa itu sahaja yang saya mampu tolong untuk korang survive di KMP dengan gemilangnya. Enjoy your Orientation Week, dan jangan menyusahkan AJKO anda. 
MAKLUMAT TAMBAHAN: Say Hi to Charlie.
Satu lagi perkara yang korang kena maklum, selain daripada pelajar, terdapat penghuni lain di KMP ni. Iaitu, Charlie. Charlie ni dekat KMK pun ada. Tapi, apa itu Charlie?
Charlie  ialah sejenis binatang sawah. Memandangkan Kedah dan Perlis banyak bendang, so haiwan ni tersesat duk kat KMP. Nampak macam semut, nampak biasa je, tapi berbisa.
Kesan-kesan bisa Charlie sangat mengerikan. Korang searchlah sendiri dekat google kalau nak tengok tak sanggup nak letak kat dalam post ni. Charlie ni sangat bahaya, tapi tak mengundang maut, cuma berbisa. By the way, korang tak perlu risau, tak semua orang akan kena. Sorry kalau korang rasa seram gila, jadi banyak-banyaklah berdoa.
Untuk langkah berjaga-jaga,
  • Pastikan bila angkat kain jemuran, kibas dulu kuat-kuat, takut Charlie ni duk situ. Selalunya masa musim hujan, depa datang bergerombolan ke KMP. Bagitu juga dengan kasut. 
  • jangan memicit dengan jari atau mengetuk dengan menggunakan tangan.
  • kertas dan kain boleh digunakan untuk menghindarinya.
  • pastikan, menggunakan pakaian berlengan panjang dan berseluar panjang.
  • menggunakan penyembur serangga.
  • kurangkan penggunaan cahaya pada waktu malam (Charlie sukakan cahaya). 

Takde apa pun sebenarnya, saya tak pernah kena pun setakat ni Alhamdulillah.
Sebenarnya Charlie ni salah satu kenangan manis kita di KMP. *Haha. Sebab bila dah biasa, korang siap boleh buat koleksi Charlie dalam bilik lagi, kalau tak percaya tanya senior korang. Diorang tangkap Charlie simpan dalam botol.
Selain itu, korang mungkin akan membuat koleksi parut di muka. Kalau kena kat muka, dah layak sangat nak jadi Abang Long Arau tu. Muka ganas sungguh.
Cara-cara nak bunuh Charlie. tengok SINI.
My friend from KMK kata, Charlie suka dekat orang segak jaaa. Haha, siapa yang rasa dia lawa, kacak dan comel, hati-hati. *Mitos je*
Rasanya, tu je kot. Bye, Assalamua'laikum. Selamat Maju Jaya
by
post signature

6 comments

  1. Kakak nak tanya untuk masuk kmp kena buka akaun bank mana. Kat surat tawaran tak tulis. Mintak tolong kau.

    ReplyDelete
  2. Salam akak..saya dpt tawaran utk kmp utk sesi 17/18 :)
    soalan saya adalah..minggu asimilasi tu mcm mana ye? saya tengok jadual kmp...mppb 3 hari ja..pastu minggu asimilasi tu 7 hari selepas mppb...terima kasih kak :)

    ReplyDelete
  3. Bulan puasa camane pulak?Sahur dan berbuka kat kafe,makanan disediakan?Solat tarawih wajib semua join ke,ada masjid?

    ReplyDelete
  4. Assalam. Kak.. Dekat kmp..un tu k pompuann.. Bole pkai jubahh x? Ke.. Bju kurung shj?

    ReplyDelete
  5. dah tak boleh outing dah setiap hari nak gi bazaar, boleh outing seminngu sekali ja :'/

    ReplyDelete

 

Connect with me

Icon Icon Icon Icon

ABOUT

ABOUT
The blogger who is stand out for bringing new ideas and thinking-style for y-generations. Start looking forward to change her lifestyle. Very open-minded yet very strict when it comes to Religion's matter. Loves cat and panda. She's on a diet. She's working on designing her blog right now. She is Me. Hai.

TUMBLR.

Hit Counter

Blogger Tips and TricksThe Blog ServicesThe Blog Services

Most Reading

DO SEARCH

Recent Post

Teen Top Tweets

Speed Trap

Do ask me anything


Do ask me anything

Name

Email *

Message *