Selamat Datang Ke Kolej Matrikulasi Perlis (KMP)

Assalamualaikum,
Hai, this is my second post today. Pasal saya baru tahu yang result kemasukan ke Kolej matrikulasi dah keluar, jadi saya pun cepat-cepat tulis entry ni. Dan lagi satu berita buruk bagi Pelajar Baru, saya tiada semasa Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) untuk kalian sebagai Ahli Jawatan Kuasa Orientasi (AJKO) pada kali ini. Jadi, awak tidak akan jumpa saya, maka jangan berharap. *Puihhh

Tahun lepas saya dah mencurah tenaga saya sepenuh jiwa, tahun ni saya terpaksa fokus dengan hal Universiti yang sentiasa takde air (Ish) ni. Lain kali kita jumpa eh? Okey, untuk pertamanya bagi bakal pelajar KMP perlu tahu terma-terma atau perkataan-perkataan baharu yang akan sering digunakan sepanjang berada di sana.
  1. DK = Dewan Kuliah
  2. Tutoran/Tutor = Kelas 
  3. Tutorial = Assignment atau kerja sekolah
  4. HEP = Hal Ehwal Pelajar, atau Pejabatnya.
  5. Homesick = Rumah sakit. Okey, gurau. Sejenis sakit psikologi di mana anda merindui semua yang ada di rumah anda. 
  6. Matrik = Kolej Matrikulasi
  7. Dorm = Bilik kediaman
  8. Komsas = Blok Kediaman 
Jadi sepanjang post ini, saya harap kalian tidak terpinga-pinga dengan terma-terma di atas. 
Pertama sekali, anda sangat sangat sangat sangat bertuah kerana dapat KMP. Jadi, jangan tolak. Even duduk Sabah sekalipun, just go. Bila lagi korang nak merantau? Saya duduk Selangor, Rilek je pergi KMP tu.
Pasal homesick,  niat kena betul,  nak belajar, nak jadi orang yang baik dan nak ubah dunia (macam mustahil je) kena ada. Dan sibukkan diri anda dengan aktiviti berfaedah supaya korang tak teringat pun dekat kampung halaman yang takde rupa kampung langsung tu. 
Berbalik kepada betapa bertuahnya anda, KMP adalah Matrik yang terbaik terutama untuk pengkhususan Perakaunan. Lecturer semua the best, komited dan dedicated. Dan di Matrik, anda akan lebih dimanjakan Lecturer berbanding di sekolah. Betul, tak tipu.
Dekat sini kita TAK panggil Lecturer, Encik/Puan. Tapi cikgu, yes still panggil lecturer - cikgu. Jadi, takde alasan nak rindukan sekolah anda itu! Even Pengarah kita pun bahasakan dirinya Cikgu while she's already titled as Datin. UPDATE: PENGARAH KITA DAH TUKAR YE.
Itu yang basic. Sekarang kita pergi kepada beberapa aspek kehidupan (HAHA) di Matrik. 


1. Dorm dan Komsas
Dorm korang akan didaftar masa hari first-first korang sampai Matrik. Kalau saya dulu, masa daftar tu punya sesak, sampai Lecturer tu nak daftar ke blok lelaki. Saya okey je, Piwwwittt... Gurau gurau.
Kita ada 9 blok yang dibahagikan mengikut err, mengikut Alphabet. Entah
A1 = Komsas Siti Aishah
A2 = Komsas Siti Fatimah
A3 = Komsas Siti Khadijah
B1 = Komsas Umi Habibah
B2 = Komsas Umi Salamah
B3 = Komsas Umi Umairah
C1 = Komsas Al-Khindi
C2 = Komsas Al-Biruni
C2 = Komsas Al-Razi



Highlander di KMP. Blok atas bukit. 
Blok Lelaki. 
Blok A1 hingga C1 adalah Blok perempuan di mana C1 dahulunya blok lelaki. Tapi, kepupusan spesies tersebut memaksa golongan wanita mendiami Blok tersebut. And yes, Blok C1 dekat dengan Blok C2 dan C3 di mana anda perlu menjaga aurat anda sebaik-baiknya kalau tak nak kena teropong. 
Satu bilik, range 4 hingga 6 orang walaupun muat untuk 8 orang. Bagi lelaki pula, satu bilik up to 8 orang. Padan muka, berhimpitlah korang.

Inilah Blok C1 yang agak terbuka ye.
2. Akademik.
Untuk bahagian Akademik, kita ada bidang Perakaunan dan bidang Sains.
Sains terbahagi kepada tiga:
a. Modul 1 = Kimia + Fizk + Biologi (Sains Tulen)
b. Modul 2 = Kimia + Fizik + Sains Komputer
c. Modul 3 = Kima + Biologi + Sains Komputer 
Untuk pelajar Sains yang nak tukar ke Modul lain atau ke bidang Perakaunan, anda boleh lakukan selepas habis MPPB tetapi tertakluk kepada pihak HEP. Pelajar Akaun, know your limit. Duk situ senyap-senyap, belajar elok-elok. 
Korang akan diberi kelas, sepanjang berada di KMP itulah kelas korang, di mana korang akan menghadap muka-muka yang sama je setiap hari. Dan, sila pilih ketua yang boleh dipercayai, kalau tak korang akan terseksa sepanjang 2 semester ini. *Tiba jaaah. 
Jangan risau, jadual disediakan di mana korang tak perlu susun jadual sendiri seperti di Universiti. 
Dan kelas korang akan berbunyi(?) seperti ini A6T4 (B) or M1T1 (A)

  1. A = Akaun; M = Modul 
  2. 6 = Nombor Kumpulan Kuliah korang, bukan nombor DK, DK korang akan berbeza-beza ikut jadual. Tapi korang duduk dalam satu Kumpulan kuliah yang besar yang sama. 
  3. T = Tutoran / Kelas
  4. 4 = Kumpulan Tutoran. Maknanya dalam satu kuliah A6 tu, korang akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan Tutoran untuk korang pergi Tutor yang sama. 
  5. (A) atau (B) = kumpulan untuk Tutoran Pendidikan Islam korang. Kalau takde, maknanya Semester tu korang tak ambik subjek Pendidikan Islam lagi. jadi, jangan gubra
( Kalau untuk Sains, basically M1 stand for Modul 1, M2 = Modul 2 and M3 = Modul 3. Easy, pasal korang satu kuliah je. ) 
Contoh
Kesimpulannya, A6T4(B) ialah  seorang pelajar Kuliah A6 kumpulan Tutoran 4 dan Kumpulan Pendidikan Islam (B). Okey? Bila saya kata kumpulan, maksudnya ianya adalah sekumpulan pelajar, dan kalau korang A6 tak semestinya korang akan duduk DK6. Berubah-ubah ikut jadual. 
Haih, Takpe, nanti kat sana korang akan lebih fahamlah.
Dari segi pembelajaran, basically (Untuk Perkaunan) 1 subjek seminggu korang akan ada 3-4 kali kuliah dan 2 tutoran (Betul ke?)  Masa kuliah, korang belajar dan berinteraksi sikit dengan pensyarah. Masa dalam tutoran, korang akan bincang tutorial korang dan sila banyak tanya. 
Tips: Lepas habis satu kuliah, terus buat soalan tutorial di bilik. Jangan tunggu pensyarah suruh. Sebab nak bincang dalam Tutor nanti. Melainkan soalan tutorial tu tak dapat lagi. 
Terpinga-pinga mencari kelas tutoran adalah perkara lazim. dan sesat pun perkara lazim. 
Untuk bangunan Tutoran, terbahagi kepada 2, iaitu A dan B. Tutoran A dekat dengan HEP, dekat dengan Blok A1, A2 dan A3. 
Tutoran B dekat dengan Bangunan DK, iaitu sebelah Masjid. Dekat dengan blok B3 dan C1.

Untuk Pelajar Sains, korang ada bangunan Makmal dekat dengan Blok C3, situ banyak hantu. Haha, gurau. 

Makmal Sains, bangunan baru.
Sebelah Perpusatakaan. Makmal ni tak guna sangat pun.
3. Peperiksaan
Haih, belum masuk dah kena fikir exam. Ingat, Pelajar dan Exam berpisah tiada. Korang akan exam dekat berbeza tempat mengikut nombor matrik. 
  • Bangunan Peperiksaan ( yang baru dan cantik )
  • Bangunan Tutoran A dan B ( yang panas dan menbosankan. )
  • Dewan Seri Kayangan ( yang sejuk gila dan besar yang mampu menambahkan nervous nak exam. Bawa sweater pergi sana waktu exam nanti. )

Comel tak Kak Ton...

4. Persatuan, Kelab dan sebagainya. 
Kalau di peringkat Kuliah, korang akan mendaftar kelab/persatuan di bilik Makmal Komputer dekat Makmal Bahasa. Tapi itu untuk yang ambik subjek Kokurikulum untuk semester itu. Yang tak ambik Koko sem tu, kuliah korang akan ada Subjek Kemahiran Dinamika yang rilek dan santai je. Best subjek ni, trust me. 
Itu untuk peringkat kuliah, untuk peringkat Kolej, berikut adalah beberapa persatuan/Kelab yang ada;
I. JawatanKuasa Perwakilan Pelajar (JPP) 
Barisan pelajar yang berdedikasi *Ceh* yang dipilih oleh korang untuk mewakili pelajar dalam beberapa hal seperti masalah ke, apa ke. Ada sesi pencalonan dan akan ada sesi Pilihanraya Umum Kolej. 
II. JawatanKuasa Mentor Mentee (JAKTEE) 
Ketua setiap kumpulan Mentee, Semua pelajar masing-masing ada Kumpulan Mentee ini dan akan berkenalan semasa MPPB, dan ketua kumpulan Mentee yang dipilih secara automatik adalah ahli JAKTEE. 
III. JawatanKuasa Ketua Tutoran 
Ketua setiap Tutoran yang korang pilih untuk Tutoran masing-masing secara automatik ahli persatuan ni. Jadi, as I said, pilih ketua kelas yang betul-betul. Kalau diorang tak boleh buat kerja, free je bagi markah koko dekat diorang. Rugi, pilih betul-betul.
IV. Pusat Islam (PI)
Sesiapa sahaja yang beragama Islam boleh masuk. Paling aktif sebab banyak aktiviti yang dijalankan. Dan paling banyak mesyuarat. My roomate selalu membebel sebab banyak sangat meeting. Hoho
V. Pembimbing Rakan Dinamik (PRD) 
Ini adalah kelab kesayanganku. PRD sama je dengan PRS dekat sekolah. Kalau nak apply, Unit Kaunseling akan buka untuk isi borang, dalam beberapa minggu selepas MPPB. Dan saya secara personal sangat menggalakkan anda memasuki Kelab ini sebab Guru Penasihat dia sporting dan best. Tapi, kalau korang bukan jenis yang sporting dan best, sila lupakan hasrat anda kerana anda tak layak, haha.
VI. Jawatankuasa Ketua dan Penolong Blok.
Ketua dan Penolong setiap Blok kediaman yang juga secara automatik ahli persatuan ini. 
VII. Atlet KAKOM
Bukan persatuan tapi lebih kepada sekumpulan pelajar yang nak mewakili KMP untuk pertandingan KAKOM - Kejohanan Antara Kolej Matrikulasi. *betul ke?*. Sesiapa yang nak mencuba tu, jadilah atlet KAKOM, banyak kebaikan korang akan dapat. 

VIII. Sakritariat Rukun Negara (SRN)
SRN ni berperanan dalam mengadakan event yang berbentuk kenegaraan. Tengok pada nama pun dah jelas dah apa matlamat persatuan ini. Well, yes. Persatuan ini open untuk semua orang.

IX. Kelab Kebudayaan
Tak silap kelab ni ditubuhkan masa akhir-akhir sesi 2012/2013, batch saya. Kelab baru jugaklah. Saya rasa Guru Penasihatnya adalah lecturer Account saya, Puan Kartina. Best belajar dengan Puan Tina ni, sporting sangat. *Pilih kelab ni* (Kalau tak silaplah)
5. Prasarana
Ini part paling penting untuk korang sebab ini semua akan korang manfaatkan sepanjang tahun. 
I. Masjid al Falah yang sentisa terbuka luas untuk pencari makanan hati. 
II. Perpustakaan Najjatul Ilham yang secara jujurnya ada beberapa akak pegawai tu yang masam, langsung tak mesra, senyum memang taklah. Ye, korang akan menghadapi akak tu untuk beberapa urusan. Tahan jelah, melainkan korang berani tegur. Haha *Jahatnya aku. 

III. Pusat Pelajar 
Ada ATM, Mini Mart, Kedai Photostat dan Kedai Bakeri yang sedap gila.

IV. Cafe

Part ni best, sebab korang kena bijak memilih kafe. 
  • Kafe A = Antara Blok A3 dengan B1
  • Kafe B = Antara Blok B3 dengan C1 
  • Kafe Pentadbiran = Sebelah Dewan Seri Kayangan.
Kafe Bang Din
Masa saya dulu Kafe B paling famous, kami panggil Kafe Bang Din, sempena nama pamiliknya. Tendernya saya rasa masih sama sebab Bang Din memang bagus. Makanan murah gila, lauk sedap dan banyak pilihan. 
Sebab itu, untuk makanan Panas (Makanan yang dimasak waktu tu jugak), kami pergi ke Kafe A. Sedap gila. Tapi, Kafe A dah tukar tender, kali ni tak sama. Jadi saya tak arif sangat. 
Kafe Pentadbiran, Jangan sekali-kali takut untuk masuk dan makan di situ. Yes, nama je pentadbiran, yang tak mentadbir pun boleh makan sana. Sedap tapi rasanya dah tukar tender juga. Dulu nama Kafe Mak Long, La ni tak tahulah Mak Long ke, Mak Ngah ke, Mak Lang. Haha
Jadi, itu sajalah untuk sesi kali ini. Kalau ada apa-apa soalan, boleh je PM saya dekat Facebook saya. 
InsyaAllah untuk sesi yang akan datang, saya akan buat FAQs untuk Program Matrikulasi umumnya dan KMP secara khususnya.
Tak semua yang saya terangkan akan sama dengan yang akan korang hadapi nanti, sebab mungkin format dan pelaksanaan berbeza dan sebagainya. Jadi, keep dropping by my blog to know more about KMP. I'll be update by time to time. 
Bye, Assalamualaikum.
_______________
Photo credit to Portal KMP. 
by,
post signature

21 comments

  1. T.kasih, berguna sangat informasi nie...

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas teguran dari anda..sesungguhnya kami hanya manusia biasa yang tidak sempurna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sama-sama tidak sempurna. Terima kasih juga.

      Delete
  3. La ni kelab dah bertambah iaitu sekretariat rukun negara(srn) dan kelab kebudayaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, yelah. Terlupa pula saya. Okey-okey, saya perbetulkan. Terima kasih

      Delete
  4. Kafe b dulu ada satu nasi yang sangat famous. Saya dah lupa nama. Apa ye?

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. assalam akak. boleh sy tahu brp elaun sebulan matrik? tq;)

      Delete
  6. Ada tak senarai nombor bilik tuk blok A3?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, kak. Nak tanya, prgi kelas pkai baju apa? baju kurung ka?

    ReplyDelete
  8. Katil kat situ 2 tingkat lg ke?

    ReplyDelete
  9. Bagi Sains, boleh tukar Modul? Atau kena ikut apa yang ditawarkan? Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rasanya. Mengikut budi bicara pihak Pentadbiran.

      Delete
  10. Akaun boleh ke tukar ke sains.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut budi bicara pihak Pentadbiran. Tapi kena ada sebab dan sokongan yang kukuh.

      Delete
  11. Kat situ, boleh bawak fon ke?

    ReplyDelete

 

Connect with me

Icon Icon Icon Icon

ABOUT

ABOUT
The blogger who is stand out for bringing new ideas and thinking-style for y-generations. Start looking forward to change her lifestyle. Very open-minded yet very strict when it comes to Religion's matter. Loves cat and panda. She's on a diet. She's working on designing her blog right now. She is Me. Hai.

TUMBLR.

Hit Counter

Blogger Tips and TricksThe Blog ServicesThe Blog Services

Most Reading

DO SEARCH

Recent Post

Teen Top Tweets

Speed Trap

Do ask me anything


Do ask me anything

Name

Email *

Message *