Kata orang, tak kenal maka tak cinta.
AJKO Sesi 2013/2014 |
"Apa itu AJKO: Ianya singkatan kepada Ahli Jawatankuasa Orientasi. Khidmat mereka lazimnya akan digunapakai tatkala menjelang Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) yang kemudian dibahagikan mengikut unit harijadi dan unit sepanjang minggu. Format pengoperasian AJKO selain SOP sedia ada saban tahun ialah 'hentam aja'."
- Azfar Ghazali, Alumni KMP
Jadi, dah jelas mengenai siapa AJKO?
Peranan mereka, HANYALAH untuk memudahkan MPPB dan membantu pihak pengurusan SAHAJA. Bukan untuk membantu pelajar sangat. *Bunyi macam jahat je.
No, maksudnya di sini, peranan AJKO lebih kepada untuk melancarkan MPPB, supaya berjalan dengan baik. Tapi, kalau para pelajar nak mintak tolong AJKO, boleh. Tetapi mengikut budi bicara AJKO itu sendiri, maka para pelajar tak boleh paksa-paksa, merayu, melutut dan sebagainya sekiranya AJKO taknak bantu. Sebab, AJKO sendiri ada tugas yang baaanyak. Harap maklum ye.
Kalau ikut sesi yang lepas, para pelajar salah faham sehinggakan mereka sentiasa (Again, SENTIASA) meminta tolong AJKO untuk selesaikan masalah mereka seperti, terkunci dalam bilik air, tertinggal kunci dalam locker, potongkan mangga locker pakai gergaji sebab kunci hilang, angkatkan luggage mereka. AJKO bukan datang KMP nak buat semua tu ye adik-adik.
Dok gergaji mangga locker pelajar. |
Legend tak depa ni? |
Sebenarnya, kalau para pelajar pernah menjadi fasilitator, mesti pelajar semua dah faham sangat betapa penatnya menjadi AJKO ni. Para AJKO akan bangun lebih awal daripada pelajar, dan tidur lebih lewat daripada pelajar. Kalau pelajar tidur pukul 12 pagi, AJKO tidur pukul 3-4 pagi. So, there's no reason for students to complain about lack of sleep. We experience the same thing.
Punyalah lewat, sampai tertidur-tidur masa post mortem. |
Basically, lepas habis taklimat, dah pastikan semua pelajar sudah berada di blok kediaman masing-masing, AJKO akan ber-post mortem. Ini adalah proses yang mengambil masa yang lama pasal unit AJKO ada banyak.
Soalan terakhir, Kenapa pelajar perlu hormat AJKO?
1. kerana mereka secara relatifnya lebih tua daripada pelajar. *Macam jawab esei Mikroekonomi pulak*
Dok kait buah apa pulak dah |
2. kerana AJKO berkerja keras untuk memudahkan semua pihak. Sampai ada AJKO yang tak makan kerana sibuk mengurus dewan, siap pengsan lagi. Okey, sorry. Bukan nak malukan beliau. Tapi part pengsan tu memang betul, Kekeke.
Gen-13 |
But, take not, para pelajar tolong jangan skip makan. Sayangi perut anda.
AJKO ni banyak berkorban untuk pelajar, secara langsung mahupun tidak. So, jangan banyak menyusahkan diorang.
3. kerana para AJKO ni semuanya sporting habis. Nak bergurau senda, bergurau kasar, bertumbuk-bertampar dengan diorang pun boleh. Memang sporting, dan mesra. So, don't hesitate to senyum dekat diorang bila terserempak. When you find the right time, make a conversation with them.
Abang Are Rill |
Abang Din Jerrr... |
Kak Sya duk buat muka serius. |
4. kerana AJKO ni sangat-sangat-sangat-sangat-sangat penyayang. Kitorang tak mengamalkan sistem 'senior have right to torture the junior' di KMP. Tidak sama sekali, kerana Bonda Pengetua kita sendiri sangat penyayang. Sentiasa perihatin dengan anak-anaknya. Jadi, budaya penyayang adalah budaya KMP. Sekali gus, AJKO adalah satu persatuan tidak formal *kot yang mengamalkan budaya kekeluargaan. Well, masa laksanakan tugas, tak rasa stress langsung, pasal semua pakat buat lawak saja.
Masa jadi promoter penginapan. |
5. kebanyakan AJKO adalah golongan senior yang dah berjaya dan berkerjaya, serta menempa nama dalam bidang masing-masing. Mereka adalah produk KMP yang berjaya. Sungguhpun begitu, mereka tetap ingin kembali ke KMP untuk menabur bakti. Dan anda akan menjadi sebahagian daripada mereka.
6. kerana bila AJKO dah marah, you'll be in trouble. *Yang ni memang nak ugut sikit, haha* Berdasarkan sejarah AJKO, ada kes AJKO mogok. Bukan mogok lapar, tapi lebih kepada boikot pelajar. Pasal pelajar masa tu ketegaq sangat, last-last ketua AJKO duk mengamuk kat depa kat padang. Semua AJKO pakat taknak tolong pelajar LANGSUNG.
Masa tu AJKO just menguruskan program semata-mata. Pelajar taknak datang taklimat ke, taknak buat Mentor-Mentee ke sukahati. Haa, ada takut? I'm sure sesi kali ni tak akan jadi macam ni, pasal AJKO ni dah tak berapa nak muda, so darah depa dah sejuk. *Haha
Pesanan daripada para AJKO. Take note semua. |
Well, yes. Jangan lupa, AJKO ni semuanya penyayang.
Cukuplah kot. Tak perlu explain panjang-panjang sangat. So, anda semua dah kenal serba sedikit AJKO ini.
Untuk tatapan akhir,
Selamat Datang ke KMP |
We love you |
Kami di sini menunggu pelajar baru... |
Foto kredit kepada yang berkenaan. Sorry, curi gambar naa.
Link penting:
Blog Alumni KMP
Portal KMP
Group KMP Sesi 2013/2014
by
No comments:
Say something about this