Ini adalah post yang ketiga berkenaan Kemasukan Pelajar Matrikulasi sesi 2014/2015 Ke KMP. Pertama sekali, saya nak ingatkan ialah;
Sila, sila merajinkan diri ke laman web KMP untuk latest update.
Benda ini penting kerana mendapatkan maklumat daripada sumber autoriti adalah sebagai langkah keselamatan *Cewwah. Jangan terlalu dengar cakap kawan sahaja, diorang pun bukan betul sangat pun *Haha.
Anda (yang tak pernah menjenguk laman web KMP) mesti tertanya-tanya kenapa KMP daftar awal berbanding Matrikulasi lain? Jadi, Ini adalah Jawapan kepada soalan anda.
Sudah jelas? Jadi, tak perlu menangis meraung-raung pasal daftar awal daripada yang lain. Simpan air mata tu elok-elok.
Sekarang ni, sila semak adakah dokumen anda cukup.
Semak 1. Borang perjanjian (Rujuk Bil. 4, Gambar di atas)
Perlu ditandatangani waris dan anda sendiri DI SETIAP helaian borang. Jangan lupa tentang perkara ni, kerana, bila tak dilatandatangani anda perlu menghantar balik borang tersebut ke kampung halaman untuk ditandatangani oleh waris.
Diingatkan, pastikan setiap helaian borang perjanjian ditandatangani oleh anda dan waris.
Bila anda lupa, pertamanya memakan kos. Kedua menyusahkan parents.
Semak 2. Slip Yuran BSN (Rujuk Bil. 2, Gambar di atas)
Kepada mereka yang takde pengalaman deposit secara manual, sila rujuk panduan di bawah;
Panduan penuh, sila pergi ke laman web KMP ye. Toksah duk manja sangat.
Penting: e-Pendaftaran
Ini adalah perkara yang baru bagi saya kerana semasa batch saya, e-Pendaftaran tak wujud lagi. Jadi, ini adalah homework tambahan untuk anda, sebagai pelajar baru.
Maklumat mengenai e-Pendaftaran. (Sila baca dengan teliti)
Boleh diakses bermula 5 Mei 2014 (Isnin) hingga 15 Mei 2014 (Khamis).
Masukkan No. Matrik dan No. Kad Pengenalan Pelajar. Klik Log In
Isikan apa yang patut, dan attach-kan apa-apa yang diperlukan seperti Gambar Ukuran Passport
Klik e-Pendaftaran Pelajar
Cetak slip
Log Out
Bawa ke Hari pendaftaran.
Saya rasa itu sahaja untuk makluman yang terkini. Saya harap, sehingga hari ini anda masih faham akan prosedur dan perkara-perkara yang anda perlu lakukan.
Jika ada sebarang pertanyaan, sila tulis di ruangan komen di bawah.
Terima kasih, daun keladi. InsyaAllah pada post yang akan datang saya akan mengulas tentang AJKO KMP pula. Keep up to date with my blog, kay?
The blogger who is stand out for bringing new ideas and thinking-style for y-generations. Start looking forward to change her lifestyle. Very open-minded yet very strict when it comes to Religion's matter. Loves cat and panda. She's on a diet. She's working on designing her blog right now. She is Me. Hai.
No comments:
Say something about this