Panduan Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) KMP

Assalamua'laikum,

Okey, sebelum ni saya dah post benda-benda basic di KMP, kan? Kali ni, dengan penuh kasih sayangnya saya akan memberikan beberapa panduan dan tips untuk MPPB pulak. For those who don't know, MPPB ialah Minggu Pengurusan Pelajar Baru a.k.a minggu orientasi. 
Sebenarnya lebih kepada draft gambaran tentatif program. 
Minggu ini berlangsung 5 hari, tetapi untuk Ahli Jawatankuasa Orientasi (AJKO) yang terdiri daripada alumni KMP yang otai-otai, dah sampai KMP pada 15 Mei 2014, untuk persiapan, kursus dan sebagainya.
Saya ada berita baik untuk pelajar yang duduk jauh dari KMP. Tapi hold dulu berita tersebut, last-last saya bagitahu.

1. Pendaftaran.
Pendaftaran adalah sesi yang tak asing lagi bagi kita. Basically, korang kena
  1. Ambil nombor giliran dan tunggu range nombor dipanggil untuk sesi semakan dokumen. Tempat menunggu disediakan (of course). Kalau ikut yang lepas-lepas, korang akan daftar di Perpustakaan. 
  2. Bila nombor dipanggil, blablabla. Kena semak dokumen, dan serahkan ke pegawai yang bertugas waktu tu.
  3. Pergi ke Makmal komputer (Pegawai atau AJKO akan tunjuk arah) untuk daftar bilik pulak. Diingatkan, peluang untuk korang dapat bilik sama dengan member korang yang BFF tu adalah sangat tipis. Dan demand macam-macam sangat tak digalakkan. Terima apa saja, kay?
  4. Pergi kepada ahli keluarga dan bagasi anda yang banyak macam nak pindah rumah tu ke bilik yang telah diberikan
  5. Siap-siap, kemas barang, atau pergi lepak dengan parents dulu dekat kedai makan area Arau sementara menunggu untuk taklimat Umum dalam pukul 4 petang. 

2. Taklimat Waris
Apabila dikatakan waris, Ibu Bapa atau Penjaga sahaja. Korang ingatkan parents korang, seboleh-bolehnya jangan bawak anak kecil dalam taklimat. 
Pertama untuk mengelakkan gangguan, as we already aware kids are very hyperactive. Kedua, untuk mengelakkan ketidakcukupan seat. Kalau ikut kes sesi lepas, banyak Parents complaint pasal ada budak-budak masa taklimat. Dahlah sesak. Jangan lupa ingatkan parents korang okey? Fikirkan alternative lain.
Taklimat waris ini berlangsung ketika korang tengah sibuk mendaftar. Jadi, sementara parents tunggu korang, biar mereka pergi mendengar Taklimat yang disampaikan oleh Bonda Pengarah kita sendiri. Adik-adik yang lain, taruk kat tempat yang selamat. *Haha

3. Taklimat 
Seperti minggu orientasi biasa, taklimat merupakan kelaziman. Taklimat korang yang first adalah right after pendaftaran korang tamat. Dalam pukul 3 atau 4 petang. Sehinggalah hari yang seterusnya, korang akan dihidangkan pelbagai taklimat yang walaupun membosankan bagi korang, tetap akan berlangsung. 
Antara taklimat yang akan berlangsung adalah
I. Taklimat HEP
II. Taklimat Akademik
III. Taklimat Kokurikulum 
IV. dan sebagainya.

4. Sembahyang Berjemaah dan Tazkirah.
Ini wajib. Untuk meredakan tekanan korang yang tak tahu mana punca. Jadi, jangan miss even for one session. Akan ada sekurang-kurangnya sekali ucapan daripada Bonda Pengarah untuk mengingatkan beberapa perkara kerohanian. 

5. Program Mentor Mentee
Seperti yang dah cakap pada post sebelum ini, taklimat-taklimat itu akan diselangkan dengan Program Mentor-Mentee. Peranan mentor adalah untuk menguruskan dokumen korang dan untuk menyelesaikan masalah-masalah korang kecuali masalah Homesick. Yes, mentor itu adalah mentor korang sepanjang sesi di KMP, dan korang boleh rujuk mereka bila-bila masa (yang sesuai) untuk menceritakan masalah dan sebagainya. Jadi, rapatlah dengan mentor anda. 

6. Aktiviti Outdoor
Aktivti ini adalah untuk memelihara mental dan fizikal korang sepanjang minggu. Tapi, aktiviti outdoor ni takkan ada banyak sesi. Jadi, mencari tepuk-sorak atau Cheers adalah perlu. 
Tips: Fikirkan Cheers yang gempak dan tak girlish. Baru semangat. dan tak over.
Cheers ni untuk menyemarakkan semangat semasa bersukan. Dan sukan tu pun bukan yang payah-payah, setakat sukaneka je. 

AJKO yang busy...

Pertandingan tarik tali antara AJKO dengan pelajar. 

7. Membuat perkataan KMP 
Ini tradisi kita yang originated by KMP sendiri. Tradisi ni dah start masa generasi 12 lagi. 
Oh ye, nak ingatkan. Korang adalah Generasi ke 15 atau singkatannya Gen-15. 
Aktviti ini adalah saja-saja nak membuang masa dan tenaga yang akhirnya membuahkan kepuasan hati dalam kalangan kita. Korang akan disusun untuk membuat huruf KMP Gen 15, dan AJKO turut di'paksa' untuk membuat perkataan AJKO. *Haha
Dan inilah hasilnya,

Gen 12
Gen 13 - My batch

Gen 14
By time, formasi ni jadi semakin cantik. I'm looking forward to your batch.
Okey, itu sahaja setakat ini. Akan ada lebih banyak panduan untuk anda lain kali InsyaAllah. Korang dah siap-siapkan dokumen belum? Penting tu. 
____________________
P/S: Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada Pihak KMP.
Bye, Assalamua'laikum. 
post signature

2 comments

  1. kalau ada masa datanglah kat kmp...boleh tolong apa2 yang patut...

    ReplyDelete
  2. Masha Allah. Kalau tiada hal, tiada urusan, dah lama saya ke KMP tanpa banyak bicara. Terima kasih sebab jemput. Saya akan usahakan untuk ke sana. Rindunya MashaAllah....

    ReplyDelete

 

Connect with me

Icon Icon Icon Icon

ABOUT

ABOUT
The blogger who is stand out for bringing new ideas and thinking-style for y-generations. Start looking forward to change her lifestyle. Very open-minded yet very strict when it comes to Religion's matter. Loves cat and panda. She's on a diet. She's working on designing her blog right now. She is Me. Hai.

TUMBLR.

Hit Counter

Blogger Tips and TricksThe Blog ServicesThe Blog Services

Most Reading

DO SEARCH

Recent Post

Teen Top Tweets

Speed Trap

Do ask me anything


Do ask me anything

Name

Email *

Message *