This is What Muslim Used To Do

Assalamua'laikum,


Sidang pembaca yang mungkin sudah bosan dengan post-post saya berkaitan Kolej Matrikulasi Perlis yang takde kena-mengena dengan hidup kalian. 

Maka, kali ini saya terpanggil untuk menulis 'something' general-accepted. 

Ceritanya bermula begini; Pada petang yang hening, saya berada dalam kedai Photostat Kolej Aminuddin Baki - yang ada air cond - untuk menjalankan tugas sebagai ahlinya. 

Jap, tak retilah nak bermadah. Just straight to the point. Tadi, masa bertugas di kedai Photostat yang biasanya memang lengang daripada pelanggan kerana kebanyakannya sedang menghadiri kelas atau kuliah. 

Tiba-tiba (apahal pulak tiba-tiba ni?) masuklah seorang wanita - yang nampak sangat seniornya tu - untuk mem-print beberapa bahan kuliah. (Dah kenapa dengan bahasaku ini?)

Dengan senyumnnya dia mem err mem err, membuatlah apa yang patut.Tapi, perbuatannya diiringi perbualan antara kami. Bermula dengan bertanya nama ( Beliau yang mulakan dahulu), kursus apa? Dan sebagainya.

Dia memuji;
"Baguslah awak. Baik, dari penampilan pun boleh nampak,"
Aku terpana dengan kata-kata yang rare sungguh. Lalu aku pun menyambut pujiannya dengan berkata;

"Eh, taklah. Silap puji ni."

Dengan pantas beliau menjawab,

"Betul, itulah hakikatnya. Pakaian kita melambangkan peribadi kita,"

Aku mengangguk, setuju. Masakan aku menolak apa yang Islam telah ajarkan kepadaku sedari kecil. *Cewwah


Perbualan kami diselingkan dengan gurauan manis. Selesai habis mem-print, dan transaksi telah selesai *Puihh, kami bersalaman, dan dia seolah-olah enggan melepaskan tanganku. 

Dia berpesan, lagi, "Carilah kawan yang baik, kerana Nabi pernah berkata, 

"seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat."
Dan Nabi pun pernah berkata, kawan yang baik adalah seperti penjual minyak wangi, dan kawan yang tak baik adalah seperti Tukang besi" 

Lalu dilepaskan tanganku, beliau melambaikan salam kepadaku dan pergi. 

Daripada cerita di atas, apakah intipati yang dapat diambil selain daripada petikan hadis di atas?

Yes, yes, talking to a stranger is not strange in Islam. We used to practice this before, remember? Jika kita hendak melihat apakah budaya Islam yang Melayu amalkan, cuba lihat macammana nenek-nenek kita bergaul mesra dengan orang ramai.

Mereka tidak sedikit pun canggung walaupun bercakap dengan orang yang jauh lebih muda dengan mereka. Malah diselitkan dengan nilai-niali keibuan ketika berbicara. 


Contohnya mudah, cuba kita suruh nenek kita duduk dekat bus stop selama 1 jam, agak-agak berapa orang yang dia dah kenal? 

Yes, this is Melayu and this is Islam. We talk to a stranger without a slight doubt. You might say this practice is not relevant these day. Who says?

Islam percaya, apa-apa sahaja yang niatnya betul dan caranya betul, kita akan selamat dunia akhirat. Well, for sure your granny have a wider networking than yours even she doesn't have facebook, or twitter account. 

Kalau kita lihat, time raya. Kadang-kadang, kita tak tahu pun rumah siapa yang kita raya tu. Kalau tanya nenek atau atuk, atau mungkin parents kita, they win to answer you. And you? 

Okey soalan mudahlah. Well, do you know all your neighbors? Nope. Are you sure? Yes, nilai kejiranan kita dah jauh ke belakang. Yang tinggal cuma nilai anak-kau-hak-kau-anak-aku-kau-jangan-kacau. See? How Malaysians disintegrate, just by our egoistical-self. 

Tapi, kalau kita ambik port bila mak cik-mak cik kita, mak kita, nenek kita berborak. You'll find out they know all the villagers even from other village. 

The dialogue sounds like this,

"Mak, Mak Senah kampung Parit Bunga jatuh wheelchair, mak."

"Mak Senah adik Kak Yah tu ke?"

"Bukanlah, Mak Senah yang anak dia baru kahwin hari tu,"

Again, see? Betapa jauhnya beza nilai silaturrahim generasi kita dengan generasi sebelum kita. Sebab tu saya suka duduk kampung. Aktivti ziarah-menziarahi adalah sangat lazim, dan seakan-akan menjadi hobi orang-orang kita. Dulu. Sekarang, jiran sakit pun belum tentu kita nak ziarah, ambil tahu pun tidak.


Jadi, apa yang saya nak highlightkan dekat sini, cuba. Ye, sekurang-kurangnya cuba untuk bergaul dengan sesiapa sahaja, lupakan sifat malu ke, sifat berat mulut ke, sombong apatah lagi. Kerana ini, adalah nilai yang menjadikan Melayu itu nampak Islam. 

Dan ini adalah nilai yang membuatkan Melayu atau bangsa Malaysia itu sangat peramah. 

If you wanna say "Sekarang orang tak boleh percaya. Mana boleh main cakap je,"

Tahu tak yang setiaaaaap manusia ada instinct yang menyatakan this one person are right to talk with or not. Yes, you have the feeling. Dan sebab tu, kita ada doa untuk mengelakkan kecelakaan, malapetaka, atau apa-apa sahaja. Amalkan tak? Kalau tak, itulah silap kita. 

Islam is the way of life. Bukan cara  untuk pancing orang undi. Ayuh, kita ubah. Bukan, ayuh kita kembali ke jalan yang lurus.
_____________________

Yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk itu datang daripada saya sendiri. Buang yang keruh ambil yang jernih.

by
post signature

No comments:

Say something about this

 

Connect with me

Icon Icon Icon Icon

ABOUT

ABOUT
The blogger who is stand out for bringing new ideas and thinking-style for y-generations. Start looking forward to change her lifestyle. Very open-minded yet very strict when it comes to Religion's matter. Loves cat and panda. She's on a diet. She's working on designing her blog right now. She is Me. Hai.

TUMBLR.

Hit Counter

Blogger Tips and TricksThe Blog ServicesThe Blog Services

Most Reading

DO SEARCH

Recent Post

Teen Top Tweets

Speed Trap

Do ask me anything


Do ask me anything

Name

Email *

Message *